CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, May 2, 2010

BUAT KAU YANG BERNAMA SAHABAT





Setelah berkurun lama aku mendambakan kasih sayang dari insan yang aku sayangi dan kasihi.. hampir dua bulan yang lepas aku dapat merasakan perasaan tersebut mula timbul dari dalam diriku.. aku sayang dia lebih dari aku sayang diriku sendiri.. aku sedar masaku hanya tinggal beberapa ketika sahaja lagi.. aku mungkin terlalu awal untuk menilai seseorang yang baru aku kenali.. aku tahu dia seorang yang baik.. lagipun dia terlalu menyayangiku.. secara jujur aku jelaskan disini.. hatiku.. jiwaku.. dan nyawaku akan ku serahkan padanya.. kerana dia adalah insan yang betul-betul mengambil berat tentang diriku serta menyayangiku...

Tanggal 26 April 2010...
aku telah berterus terang dengannya bahawa aku bukanlah anak kandung kepada papaku.. dia sering bertanya padaku tentang siapa papaku dan siapakah nama papaku.. aku tidak mahu dia mengetahuinya.. kerana aku takut dia akan tahu siapakah aku sebenarnya..

Selama ini hanya ada seorang sahabat sahaja yang tahu tentang diriku.. temanku yang telah pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya.. aku terlalu sayangkannya.. tapi terpaksa redha dengan pemergiannya kerana aku tahu tuhan lebih menyayanginya.. walaupun sekarang aku terasa sunyi dan tiada lagi hilai tawa dari temanku lagi.. aku tahu.. aku tidak berhak menghalang dengan kehendak ilahi..

Kepada insan yang aku sayangi..
ingatlah aku hanya mengaih kasih dari kamu semua.. walaupun aku tahu.. aku tidak berhak undak memilikinya.. hidupku hanya menyusahakan semua insan di muka bumi allah ini.. aku tidak minta untuk dilahirkan di muka bumi ini... dan aku juga tidak meminta untuk menjadi sedemikian.. salahkah aku untuk menagih kasih dari kalian.. patutlah keluarga kandungku pun membuang aku jauh dari hidupnya.. aku juga tahu keluarga angkatku menganggap aku menyusahkan mereka.. aku pernah terdengar perkataan tu terkeluar dari mulut mereka..

Namun...
aku terpaksa redha dengan kata-kata itu.. kerana aku hanya menumpang kasih dari mereka.. aku juga bersyukur.. dengan adanya insan yang mengambil berat tentang diriku.. walaupun dia orang luar.. dan baru aku kenali namun aku tetap menyayanginya.. walaupun jauh disudut hatiku.. rasa sedih itu ada.. sedih dengan sikap keluarga yang tidak pernah mengambil berat tentangku.. dan hanya leka mengejar harta duniawi.. aku bermohon padamu ya allah.. sebelum aku hembuskan nafasku yang terakhir.. aku nak melihat insan yang melahirkan aku dan aku juga mahu melihat siapakah insan yang sanggup membuang aku jauh dari hidupnya...

Wassalam..

0 comments: