CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 22, 2010

SAKIT ITU PENAWAR


Saya akan cepat tersentuh bila membaca atau orang bercerita pasal kesakitan. Saya tersentuh mendengar cerita daripada abang angkat yang aku sayangi tentang penyakit yang dialami oleh arwah teman baiknya dahulu sama seperti yg aku alami sekarang. Kerana saya tahu bagaimana perasaan orang yang ditimpa penyakit. Lebih-lebih lagi bila penyakit itu diwartakan sebagai tiada ubat dari segi perubatan konvensional dan berada pada tahap kritikal.

Untuk menulis pun kolam air mata bergenang! Aku pernah rasa putus asa kerana dah bermacam-macam cuba tapi masih belum jumpa penawarnya, tapi Allah maha penyayang. Didatangkan satu persatu petunjuk dikala saya begitu tertekan dan putus asa. Petunjuk dan hidayah datang dlm berbagai bentuk. Amin....

Di suatu hari dikala sakit menyapa saya sejurus aku masih belajar di Universiti dalam Jun 2002, aku berasa amat sedih. Allah tidak makbulkan doa aku ketika aku memohon kepadanya. Aku sakit lagi. Sahabatku yang juga telah pergi menumi yang maha esa juga cuba memberi kata semangat, "tak per , Allah sayang sungguh kat kau ni…" Aku membalas, "Dah boring dah dengar tu, aku dah tau tu semua…"

Itu yang keluar dari mulut aku dikala aku begitu terasa sayu, sedih dan putus harap. Aku mengambil pain killer dan terus ke surau kerana aku perlu berehat dalam 1 jam sebelum dapat memulakan kerja semula. Setelah lebih kurang 45 minit, sakit tidak reda. Aku perlu ambik tindakan seterusnya. Saya terpaksa ke klinik utk mengambil suntikan. Begitulah routine saya bila sakit datang. Tambah tertekan kerana aku harus siapkan assignment aku. Setelah aku menerima suntikan, aku ke bilik kuliah semula utk mengambil barang-barang aku untuk pulang.

Petunjuk pertama :


Aku sempat membaca email yang dihantar oleh sahabat aku… Emailnya mengandungi ini :

"Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA menyayangimu, Bila DIA lambatkan makbulkan Doamu, Maka DIA ingin Mengujimu, Bila DIA tidak makbulkan Doamu, Maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik Untukmu.. Oleh itu, Sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaanpun.. Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaannya.."

Aku tersedar dari kealpaan aku, Astaghfirullah.. siapa aku bersangka buruk dengan Allah. Mungkin Allah merancang sesuatu yang lebih baik utk aku dari kesembuhan yang aku pohon. Aku istighfar banyak-banyak.
Petunjuk Kedua :

Setelah sahabatku menghantar aku pulang. Aku tidur dan tidur… Dipendekkan cerita, malam esoknya, hari sabtu mlm ahad. Aku masih dalam kesakitan dan perlu pertolongan pain killer. Aku menonton Cerekarama yg pada ketika itu menayangkan cerita mengenai isteri curang yg Allah timpakan penyakit. Saya tidak ingat tajuk cerita itu.

Dikala ditimpa penyakit itu, bapa saudaranya memberi nasihat. Dan kata-kata bapa saudara wanita itu menusuk aku dan memberi khabar yang sememangnya Allah sangat sayangkan aku. Diantara lain watak itu berkata tentang kesakitan itu penghapus dosa. Ada diantaranya dipetik dari hadis-hadis berikut :

Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

Tidaklah seseorang muslim ditimpa keletihan, penyakit, kesusahan, kesedihan, gangguan, kegundah-gulanan hingga duri yang menusuknya, melainkan Allah akan menghapuskan sebagian dari kesalahan-kesalahannya”. (HR. Bukhari no. 5641).

Tidaklah menimpa seorang mukmin rasa sakit yang terus menerus, kepayahan, penyakit, dan juga kesedihan, bahkan sampai kesusahan yang menyusahkannya, melainkan akan dihapuskan dengan dosa-dosanya”. (HR. Muslim no. 2573).

Bencana senantiasa menimpa orang mukmin dan mukminah pada dirinya, anaknya dan hartanya, sehingga ia berjumpa dengan Allah dalam keadaan tidak ada kesalahan pada dirinya”. (HR. Tirmidzi no. 2399, Ahmad II/450, Al-Hakim I/346 dan IV/314, Ibnu Hibban no. 697, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Mawaaridizh Zham-aan no. 576).

Sesungguhnya Allah benar-benar akan menguji hamba-Nya dengan penyakit, sehingga ia menghapuskan setiap dosa darinya”. (HR. Al-Hakim I/348, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Shohih Jami’is Shoghir no.1870).

Tidaklah seorang muslim tertusuk duri atau yang lebih dari itu, melainkan ditetapkan baginya dengan sebab itu satu derajat dan dihapuskan pula satu kesalahan darinya”. (HR. Muslim no. 2572).

Sakit demam itu menjauhkan setiap orang mukmin dari api neraka”. (HR. Al-Bazzar, dishohihkan Syeikh Albani dalam kitab Silsilah al Hadiits ash Shohihah no. 1821).

Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, karena sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”. (HR. Muslim no. 2575).

Dikala itu aku merasa seolah-olah watak tersebut berbicara kepada aku. Aku menangis teresak-esak dan terus istighfar lagi…

Petunjuk Ke Tiga ;

Ahad malam pula, aku menonton rancangan ikhtibar dari tanah suci. Masih dalam kesakitan dan bertahan dengan pain killer. Rancangan kali itu berbicara tentang pasangan yang sakit ketika menunaikan haji. Diakhir rancangan pesanannya :

1. Allah datangkan penyakit atau musibah sebagai penghapus dosa.

2. Sakit atau musibah itu pemberi pahala :

Rasulullah shollallahu alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung besarnya ujian. Dan sesungguhnya jika Allah menyukai suatu kaum, maka Dia akan menguji mereka. Barangsiapa yang ridho maka baginya keridhoan, dan barangsiapa yang murka maka baginya kemurkaan”. (HR. Tirmidzi no. 2396, Ibnu Majah no. 4031, dihasankan Syeikh Albani dalam Shohih Sunan Tirmidzi II/286).

3. Penyakit itu kifarah kepada dosa silam…

Aku sekali lagi terasa bahawa nasihat itu ditujukan kepada aku… Diwaktu itu aku betul-betul tenang dan redho dengan kesakitan yang Allah beri. Hati aku berkata, bukan senang utk mendapat pahala dan jaminan syurga Allah. Aku perlu bersabar dan bersyukur dengan anugerah Allah ini.

Aku bukan seorang yang kuat ibadat, jadi inilah caranya untuk aku mengutip pahala. Tapi aku perlu sabar dan redho…

Aku mengidap penyakit yang boleh dikatakan ‘terminating disease’. Aku hanya meunggu disaat-saat terakhir aku sahaja..

Adakah sakit itu penawar? Aku telah berusaha berubat, selebihnya urusan Allah. Jika sembuh Alhamdulilllah, jika tidak nanti aku perlu redho. Aku berdoa semoga Allah anugerahkan kesabaran yang tiada batas kepada Aku.. Sekarang aku hanya perlu tunggu dengan penuh pengharapan dan juga perlu bersedia utk menerima segalanya.. Tapi aku tahu Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat sku… aku perlu bersangka baik..

Ya Allah Ya Baari’ sembuhkanlah penyakitku ini dan anugerahkan kesihatan yang sempurna untukku dan keluargaku. Ya Allah Ya Rahman Ya Wahab anugerah dan permudahkan aku dan keluargaku untuk mendapat syafaat yang sempurna yang dirahmati, diberkati dan dipelihara oleh MU. Ya Allah. Kau mudahkanlah yang sukar bagi kami Kau lenyapkan kedukaan hatiku dan sayu hatiku….


Dalam beberapa hadis Qudsi Allah Azza wa Jalla berfirman :Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhoan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhoi pahalamu melainkan syurga”. (HR. Ibnu Majah no.1597, dihasankan oleh Syeikh Albani dalam Shohih Ibnu Majah : I/266).

Disini juga aku ingin mengambil kesempatan kepada semua pembaca, aku ingin memohon keampunan dari kalian semua..

Wassalam..

0 comments: